BERA, 8 Nov: Cadangan pemberian cuti khas sebelum hari pengundian bagi memudahkan pergerakan pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan dipertimbangkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.Â
Bercakap dalam sidang media selepas program Kenduri Rakyat di Kampung Bohor Baharu, Kuala Bera di sini hari ini, Ismail Sabri berkata cadangan itu pernah dibincangkan selepas pembubaran Parlimen pada 10 Okt lepas.