
KUALA LUMPUR, 20 Feb: Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi selepas menjalani saringan kesihatan, diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19 secara percuma di 247 klinik kesihatan terpilih di seluruh negara mulai 17 Feb lepas.