KUALA LUMPUR, 20 Mac: Langkah-langkah dan kos pelaksanaan bagi mencapai sasaran 31 peratus tenaga boleh baharu dalam kapasiti terpasang pada tahun 2025, antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, soalan itu dibangkitkan Wong Shu Qi (PH-Kluang) pada sesi soal jawab kepada Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.