KUCHING, 17 Mei: Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak diminta membangunkan jalan keselamatan sempadan serta Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di kawasan Murum, bagi menghubungkan Sarawak dengan Nusantara, Kalimantan yang dirancang sebagai ibu kota baharu Indonesia.