KUALA LUMPUR, 29 Dis: Pemain perseorangan lelaki nombor dua dunia, Lee Zii Jia mengharapkan permulaan positif bagi 2023 dengan mencapai prestasi yang lebih baik pada kejohanan Terbuka Malaysia di Arena Axiata, dari  10 hingga 15 Jan ini.
Pemain berusia 24 tahun itu, turut mahu membuktikan bahawa beliau layak dan ada standard untuk menghuni kedudukan ‘ranking’ kedua dunia berdasarkan prestasinya, bukan sekadar mengutip mata dengan menyertai banyak kejohanan.