
KUANTAN, 5 Sept: Seorang wanita mengandung antara lima individu ditahan selepas disyaki membantu along atau pemberi pinjaman wang tanpa lesen termasuk mengugut mangsa di sekitar daerah ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata wanita bersama empat lelaki itu dipercayai terlibat membaling cat merah dan mengunci pagar rumah kira-kira 31 individu yang dipercayai berhutang dengan along dikenali sebagai ‘Jimmy’.