NANNING, 17 Sept: China akan memberi sokongan kepada kerajaan Malaysia dalam menjayakan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, China turut menyambut baik dengan cadangan Asian Monetary Fund (AMF) sebagai pemberi pinjaman pilihan terakhir kepada rantau ini semasa krisis kewangan berlaku.
NANNING, 17 Sept: Malaysia dan China bersetuju untuk mengadakan komunikasi berterusan dan terbuka berkenaan isu Laut China Selatan bagi memastikan situasi di lapangan sentiasa aman, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, ia antara isu berkaitan Laut China Selatan yang dibincangkan semasa perjumpaannya dengan Premier China Li Qiang hari ini.
NANNING, 17 Sept: Malaysia kekal menyokong dan memuji usaha ASEAN dan China untuk memuktamadkan rundingan menaik taraf Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) 3.0 menjelang 2024, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.