JAKARTA, 14 Sept: Badan Pelindungan Pekerja Migran Indonesia (BP2MI) akan menghantar 2,686 tenaga kerja ke Korea Selatan, Malaysia dan Taiwan.
Ketua BP2MI Benny Rhamdani berkata 126 orang akan dihantar ke Malaysia melalui Kalimantan Barat di bawah program penempatan tenaga kerja antara swasta.