Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bahasa Melayu

MIRI, 14 April : Berang kerana disuruh menghantar anak saudaranya ke sekolah, seorang lelaki mengamuk dalam kejadian di Tudan Desaras Fasa Lima, di sini, kelmarin.

KOTA KINABALU, 14 April : Perbuatan syarikat penerbangan negara ini menaikkan harga tiket terutama ke Sabah dan Sarawak, ketika musim perayaan antaranya Aidilfitri yang bakal tiba tidak ubah seperti ‘menghisap darah’ rakyat, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.

PUTRAJAYA, 13 April: Inspektor Kanang Usin akan menjadi rakyat Sarawak pertama yang bakal menawan Gunung Everest setelah terpilih untuk menyertai pasukan Eksplorasi Keluarga Malaysia Everest 2022.

BINTULU, 13 April : Sebuah syarikat pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo, Pekerjaan Piasau Konkerit Sdn Bhd didenda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas syarikat itu mengaku bersalah atas empat pertuduhan merosakkan kabel gentian optik bawah tanah milik Telekom Malaysia Berhad (TM).

KUALA LUMPUR, 13 April : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada unsur rasuah dalam projek pembinaan jeti kayu di Kampung Mutap, Miri, Sarawak yang tular di media sosial baru-baru ini.