Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bahasa Melayu

BUTTERWORTH, 17 Nov : Jenazah juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) , Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang maut dalam nahas pesawat pejuang Hawk 108 terhempas di Pangkalan Udara Butterworth TUDM malam tadi akan dikebumikan di kampung halamannya , di Muadzam Shah, Pahang hari ini.

KUALA LUMPUR, 17 Nov : Kerajaan negeri Sarawak pimpinan Ketua Menteri , Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg komited untuk memastikan pembangunan infrastruktur digital menjadi antara agenda penting yang diberi tumpuan dalam konteks pembangunan negeri.

KUALA LUMPUR, 16 Nov : Tujuh komponen perlu dipenuhi sebagai persediaan negara untuk beralih ke fasa endemik atau ‘Reopening Safely’ dalam menuju ke arah persekitaran hidup bersama COVID-19, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

KUALA LUMPUR, 17 Nov : Berikut adalah kronologi insiden membabitkan pesawat pejuang Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas dan mendarat cemas sejak tahun 1996.

BUTTERWORTH, 17 Nov — Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengenal pasti identiti dua juruterbangnya yang terbabit dalam nahas pesawat Hawk 108 di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang, malam semalam (16 Nov). Markas Tentera Udara dalam satu kenyataan memaklumkan dua juruterbang berkenaan dikenali sebagai Kapt Mohamad Affendi Bustamy dan Mejar Mohd Fareez Omar.