ANKARA, 10 Feb: Turkiye dilanda satu bencana terburuk dalam sejarah negara, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Jumaat, merujuk kepada gempa bumi kuat yang melanda negara ini.
“Sebagai sebuah negara, kita sedang menghadapi satu bencana terbesar dalam sejarah negara kita,” kata Erdogan semasa meninjau usaha mencari dan menyelamat dan bertemu dengan mangsa gempa bumi di wilayah Adıyaman.