
Presiden OKU Sentral itu berkata beliau akan terus memperjuang nasib anak-anak OKU agar kejadian yang berlaku kepada remaja sindrom Down Bella tidak berulang.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Che’ Puan Besar Khaleeda bertitah baginda dan Tunku Ismail amat prihatin terhadap kes tersebut dan berpandangan ia perlu dijadikan pengajaran oleh semua pihak serta berharap kes seumpama itu tidak lagi berulang.

KUALA LUMPUR, 3 Mei: Mahkamah Sesyen di sini, menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 22 tahun terhadap Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down, dikenali sebagai Bella.

KUALA LUMPUR, 16 Jan: Prosiding bela diri Siti Bainun Ahd Razali atas pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella ditangguh hingga esok selepas tiga peguam pengasas Rumah Bonda itu menarik diri daripada mewakili beliau.

Bagaimanapun, sebelum remaja itu memberi keterangan, Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas memberitahu mahkamah bahawa perbicaraan kes itu akan dijalankan secara tertutup kerana Bella adalah mangsa selain merupakan saksi kanak-kanak yang keterangannya tidak boleh dilaporkan oleh media dan mana-mana pihak.
About Us
Support
Copyright © 2025 Sarawak Media Group Sdn Bhd 201801013814 (1275830-A)