Pasangan suami isteri dan anak lelaki nyaris lemas kereta terbabas dalam sungai #bm, Malaysia July 7, 2024 9:23 PM KANGAR, 7 Julai: Pasangan suami isteri serta anak lelaki mereka berusia tiga tahun nyaris lemas selepas kereta jenis Proton Pesona dinaiki mereka terbabas ke dalam sungai di Jalan Kangar-Alor Setar, Kampung Tok Pulau dekat sini hari ini.