Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

bas

KUALA LUMPUR, 10 Jun: Ketika gema takbir Aidiladha masih berkumandang di seluruh negara, suasana hari ini bertukar menjadi episod duka apabila 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terkorban dalam nahas membabitkan sebuah bas persiaran dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza, awal pagi semalam.

IPOH, 9 Jun: Yayasan Pelajaran MARA (YPM) menyalurkan bantuan wang tunai sebanyak RM1,000 kepada waris pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berdekatan Tasik Banding, Gerik, awal pagi Isnin.

KUALA LUMPUR, 9 Jun: Selepas 17 jam nahas maut membabitkan bas yang membawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengejutkan negara awal pagi tadi, proses bedah siasat ke atas 15 mayat mangsa selesai petang ini dengan senarai rasmi identiti enam individu sudah dikenal pasti.

JERTIH, 9 Jun: “Ayah sangat gembira apabila adik dapat tawaran ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), sehingga dia tumbangkan (sembelih) seekor kambing pada hujung tahun 2023,” kata Nur Ainul Afiqah Mat Ali, kakak kepada seorang daripada mangsa kemalangan maut di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), yang meragut 15 nyawa awal pagi tadi.

GERIK, 9 Jun: “Saya hanya mampu lihat kawan-kawan meronta dan menjerit minta tolong… Ada yang tersepit dan ada yang terus senyap, tetapi saya tidak mampu berbuat apa-apa,” itu cerita yang dikongsi seorang daripada mangsa yang terselamat dalam kemalangan maut melibatkan sebuah bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tadi.

Paling Popular

No results found.