SIBU, 31 Okt: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menawarkan peluang terbaik buat Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menamatkan era pembangkang di kawasan Parlimen Sibu.
Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Dr Annuar Rapaee berkata berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Disember lepas, GPS akan berjaya kali ini.