
ALOR GAJAH, 15 Feb: Kerjasama erat antara negara-negara ASEAN, khususnya Malaysia dan Indonesia terus menjadi benteng utama dalam memastikan keselamatan perairan di Selat Melaka yang juga laluan maritim strategik dan titik sempit penting bagi kawalan kedaulatan negara.