
KUALA LUMPUR, 20 Dis: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meneruskan inisiatif Kerajaan Keluarga Malaysia.
Bekas perdana menteri itu berkata, inisiatif dalam Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang diluluskan di Dewan Rakyat hari ini, adalah sebahagian daripada aspirasi Bajet Kerajaan Keluarga Malaysia dibentangkan pada 7 Oktober lepas.

KUALA LUMPUR, 20 Dis: Kerajaan Perpaduan bersetuju meneruskan beberapa bantuan yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2023 sebelum ini dengan penambahan baik dari segi jumlah serta dipercepatkan tempoh pembayarannnya.