Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

badminton

KUALA LUMPUR, 14 Jan: Beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani kini bergelar nombor satu negara selepas melonjak satu anak tangga untuk berada di kedudukan kedua dunia berdasarkan kemas kini terbaharu Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

KUALA LUMPUR, 12 Jan: Bintang perseorangan lelaki China, Shi Yu Qi dinobatkan sebagai juara baru Terbuka Malaysia 2025 setelah melunaskan dendamnya pada edisi tahun lepas terhadap penyandang juara Anders Antonsen pada final  di Axiata Arena Bukit Jalil di sini hari ini.

KUALA LUMPUR, 12 Jan: Ketua jurulatih beregu lelaki negara Tan Bin Shen tetap berpuas hati dengan prestasi anak buahnya di Terbuka Malaysia 2025 meskipun mereka gagal menjuarai kejohanan itu yang diharapkan menjadi hadiah perpisahan bermakna buatnya.

KUALA LUMPUR, 12 Jan: Ketua jurulatih beregu campuran negara Nova Widianto mengakui tahap kekuatan mental gandingan utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei belum cukup konsisten sekali gus menyebabkan mereka tersingkir pada aksi separuh akhir Terbuka Malaysia 2025 semalam.

KUALA LUMPUR, 10 Jan: Pasangan beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melangkah ke pentas separuh akhir badminton Terbuka Malaysia buat julung kali selepas menundukkan pasangan adik-beradik Christo Popov dan Toma Junior Popov dari Perancis pada suku akhir edisi 2025 di sini hari ini.

Paling Popular

No results found.