AFRIN, Syria, 9 Feb: Seorang bayi yang ditemukan di bawah runtuhan akibat gempa bumi di Syria, dalam keadaan tali pusat masih melekat pada ibunya yang telah meninggal dunia telah diberikan nama Aya.
Aya yang dilahirkan dalam keadaan luar biasa di bandar Jindires, barat laut Syria akan membesar sebagai anak yatim, lapor Agensi Anadol.