
KUALA LUMPUR, 20 Nov: Kementerian Kerja Raya (KKR) memupuk kerjasama dan hubungan yang erat bersama pengamal media dalam usaha menyampaikan berita yang sahih kepada rakyat.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi turut memuji sikap profesionalisme serta etika kewartawanan tinggi dalam kalangan pengamal media di negara ini dan kesungguhan mereka dalam menyampaikan berita dengan cepat dan tepat.

KUALA LUMPUR, 1 Sept: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini melancarkan laman mikro khas yang akan menyediakan kandungan lengkap merangkumi berita, foto, video dan infografik yang berkaitan dengan ASEAN.