KOTA KINABALU, 5 Okt: Bajet 2023 wajar menitikberatkan perolehan baharu dan menaik taraf keupayaan aset ketenteraan menerusi penambahan peruntukan pertahanan bagi menangani ancaman terhadap keselamatan negara, kata Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Sabri Zali.
Beliau berkata menerusi kenyataan penambahan bajet pertahanan itu kritikal terutama dalam meningkatkan keupayaan aset tempur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang semakin berusia dan berdepan isu keusangan.