
ABU DHABI, 12 Jan: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula Ahad akan memanfaatkan lawatan itu untuk meneroka peluang mengukuhkan kerjasama serantau atas kapasiti beliau sebagai Pengerusi ASEAN 2025.