
KUALA LUMPUR, 26 Mac: Reputasi penyerang muda sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT) Arif Aiman Mohd Hanapi ternyata sukar digugat apabila mencipta hatrik gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP) pada majlis  Anugerah Bolasepak  Kebangsaan 2023 (ABK23), malam tadi.
Bintang muda berusia 21 tahun itu mempertahankan gelaran itu buat kali ketiga berturut-turut selepas menampilkan prestasi cemerlang sepanjang musim bersama JDT.