
YANGON, 21 Dis: Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon menegaskan beliau tidak bimbang dengan rekod mengecewakan Malaysia dengan Myanmar di sini, menjelang pertembungan antara kedua-dua pasukan itu pada aksi pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Thuwunna, hari ini.