
KUALA LUMPUR, 8 Nov: Seramai enam anggota Batalion Malaysia (MALBATT) disahkan mengalami kecederaan susulan insiden letupan yang berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah pada 1.54 petang waktu Lubnan atau 7.54 malam waktu Malaysia pada Khamis.