DAMSYIK, 9 Feb: Pasukan penyelamat yang menjalankan misi mencari dan menyelamat di kawasan di barat laut Syria merayu peralatan segera dihantar ke lokasi terjejas, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
“Kami perlukan kren untuk mengeluarkan bongkah besar. Kami memerlukan peralatan berat untuk menangani tragedi ini,” kata timbalan ketua penyelamat White Helmets Munir Mustafa pada Khamis.