PDK Sri Satok latih anak-anak istimewa jana pendapatan #bm, Berita Sarawak February 3, 2023 5:48 PM KUCHING, 3 Feb: Pusat Dalam Komuniti (PDK) Sri Satok giat mempertingkatkan taraf hidup anak-anak istimewa dengan menyediakan latihan khusus agar golongan kurang upaya (OKU) di sini boleh hidup berdikari termasuk menjana pendapatan sendiri.