KUALA TERENGGANU, 2 Julai: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lapan lagi mangsa yang hilang di Jeram Mawar, Air Putih di Kemaman terpaksa dihentikan lebih awal petang tadi kerana dikhuatiri kepala air mungkin berulang.Â
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Azman Alias berkata, operasi hari pertama terpaksa ditamatkan pada 6 petang berikutan hujan lebat di lokasi SAR.