
KUCHING, 28 Mei:Â Sebanyak 1.2 juta hektar Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) telah diukur secara perimeter sejak program dimulakan pada 2010 hingga April 2025, dengan 935,760 hektar telah diwartakan sebagai Rizab Komunal Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.