
KUALA LUMPUR, 11 Feb: Ketua jurulatih beregu lelaki baharu negara Herry Iman Pierngadi berharap dapat melihat perubahan gaya permainan bekas juara beregu lelaki dunia 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada kejohanan All England 2025 di Birmingham, dijadual bermula 11 hingga 16 Mac ini.