KUALA LUMPUR, 19 Dis: Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Md Nor dan Ahli Parlimen Lanang Alice Lau dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu.Â
Ramli dan Alice dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mewakili kerajaan, masing-masing mendapat 148 dan 146 undi berbanding seorang lagi calon, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang mendapat 74 undi.