KUCHING, 7 Mac: Sarawak akan meneliti kemungkinan membenarkan usahawan perniagaan kecil dan sederhana (PKS) menggunakan alamat rumah kediaman masing-masing bagi mendaftarkan perniagaan mereka.
Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata ini memandangkan semakin ramai usahawan PKS termasuk yang beroperasi secara dalam talian menjalankan perniagaan mereka dari rumah.