KUALA LUMPUR, 4 Mei: Kementerian Kerja Raya (KKR) bersedia menawarkan bantuan berhubung kejadian runtuhan penahan tebing di Wisma YPR, Taman Seputeh, di sini sehingga mengorbankan seorang pengawal keselamatan, awal pagi tadi.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menerusi hantaran dalam Facebook beliau hari ini turut bersimpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga pengawal keselamatan terbabit.