KLUANG, 9 Nov: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyifatkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memang layak untuk diangkat menjadi Perdana Menteri pada masa akan datang.
Penyandang kerusi Parlimen Bera itu berkata apa yang diperlukan oleh calon Parlimen Sungai Buloh itu ialah mendapatkan sokongan daripada parti dan Barisan Nasional (BN) serta menang pada Pilihan Raya Umum pada satu masa nanti.