KUALA LUMPUR, 28 April: AirAsia X Bhd mengumumkan jumlah penumpang yang dibawanya meningkat hampir 50 peratus kepada 504,476 pada suku pertama 2023, berbanding 337,638 penumpang dalam suku keempat 2022, dipacu oleh permintaan perjalanan sempena cuti Tahun Baharu dan musim bunga.
Syarikat penerbangan tersebut dalam satu kenyataan hari ini berkata, prestasi memberangsangkan itu disokong oleh peningkatan kapasti tempat duduk yang berkembang sebanyak 47 peratus suku ke suku kepada 630,069 tempat duduk, manakala kapasiti tempat duduk tersedia bagi setiap kilometer (ASK) melonjak sebanyak 71 peratus kepada 2,899 juta.