KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa orang ramai supaya membeli kit ujian kendiri COVID-19 yang menggunakan sampel saliva atau air liur yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP) sahaja dan membelinya daripada penjual yang sah.