RISDA peruntuk RM186 juta bantu pekebun kecil menerusi BMT tahun ini #bm, Malaysia October 10, 2023 5:33 PM KUALA KANGSAR, 10 Okt: Seramai 232,427 pekebun kecil getah di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) akan menerima bantuan musim tengkujuh (BMT) tahun ini, melibatkan peruntukan hampir RM186 juta (RM185,941,600).