
ALOR SETAR, 2 Okt: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mengaktifkan Pelan Persediaan Banjir Kawasan Muda bagi menghadapi fenomena La Nina yang dijangkakan berlaku hujung tahun ini.
Pengerusinya Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata pihaknya akan menguruskan lebihan air hujan mengikut Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) yang telah ditetapkan demi kepentingan awam serta penanaman padi di kawasan itu.