PUTRAJAYA, 4 Mei: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengenal pasti sebanyak 406 kawasan titik panas (hotspot) di seluruh negara melalui satelit, setakat ini.
Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Datuk Ahmad Irzam Osman berkata antara kawasan itu ialah Mukah, Miri di Sarawak; Dungun, Kemaman di Terengganu; Kuantan, Pekan di Pahang; Pasir Mas, Bachok di Kelantan dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara, Selangor.