KUALA LUMPUR, 26 Mei: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyeru peminjam supaya memanfaatkan insentif diskaun bayaran balik pinjaman hingga 20 peratus yang ditawarkan oleh agensi itu hingga 31 Mei ini.
Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata tawaran diskaun bermula 1 Mac lepas mencakupi empat kategori iaitu pemberian diskaun 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman dan diskaun 15 peratus untuk penyelesaian sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang.