KUALA LUMPUR, 21 April: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar rakyat mengambil iktibar dan pengajaran daripada musibah yang menimpa rakyat Palestin yang sering ditindas rejim Israel terutama daripada aspek kebebasan beragama.Â
Seri Paduka bertitah rakyat seharusnya bersyukur kerana di negara ini, semua bangsa dan agama bebas untuk beribadat serta menyambut ketibaan hari kebesaran masing-masing dengan penuh kegembiraan dan serba kemeriahan.
KUALA LUMPUR, 22 Mac: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar tidak mensia-siakan pahala puasa di bulan Ramadan dengan melakukan pembaziran makanan.
KUALA LUMPUR, 20 Mac: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas khidmat bakti dan jasa yang dicurahkan dalam memikul amanah serta tanggungjawab memelihara keamanan negara dan rakyat Malaysia.
Seri Paduka turut menyanjungi dan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pesara PDRM atas pengorbanan yang dicurahkan tanpa mengira penat lelah, masa dan situasi.
CAMERON HIGHLANDS, 4 Mac: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menyempurnakan majlis pecah tanah tapak surau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands di Brinchang.
KUALA LUMPUR, 24 Feb: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pembentangan Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat, hari ini.