KUALA LUMPUR, 6 Dis: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan rasa sukacita atas kejayaan kerjasama sulung antara syarikat pengeluar minyak dan gas negara dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE).Â
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata kerjasama PETRONAS Abu Dhabi Sdn Bhd dan Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) itu secara langsung mengiktiraf dan sekali lagi membuktikan keupayaan syarikat Malaysia bersaing di peringkat global.