KUALA LUMPUR, 4 Dis: Minat mendalam terhadap ilmu menjadi pendorong kepada bekas Menteri Besar Pahang ke-14 Tan Sri Adnan Yaakob untuk menamatkan pengajian Sarjana Muda Undang-Undang pada usia 72 tahun.
Bukan sekadar tamat pengajian malah Adnan yang merupakan antara 414 graduan penerima ijazah dalam bidang itu hari ini pada Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) ke-38, juga dianugerahkan Rector’s List kerana berjaya menampilkan prestasi cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.62.