
PUTRAJAYA, 2 Sept: Semua motosikal baharu berkapasiti 150cc dan ke atas perlu mempunyai Sistem Brek Anti Kunci (ABS) mulai 1 Jan depan, yang merupakan antara inisiatif kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.