
KUALA LUMPUR, 14 Feb: Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Fadhil Mohd Zonis menyasarkan untuk mencipta rekod terpantas 58 saat (s) bagi acara 1 kilometer (km) ujian masa individu (ITT) elit lelaki di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025 yang akan bermula 21 Feb ini.