Pelajar cemerlang 10A SPM 2024 mohon Program Matrikulasi akan dapat tempat – KPM #bm, Malaysia June 25, 2025 9:45 PM KUALA LUMPUR, 25 Jun: Semua pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan 10A dan ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas dan memohon untuk Program Matrikulasi akan mendapat tempat tanpa mengira kaum atau latar belakang.