SHAH ALAM, 30 Ogos : Polis mengesahkan seorang bayi perempuan berusia 10 bulan telah didapati tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di Seksyen 17, di sini, pada 19 Ogos lepas.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim menerusi kenyataan berkata Nur Awliya Delisha Mohd Khairul disahkan meninggal dunia pada 22 Ogos selepas tiga hari menerima rawatan di Hospital Shah Alam.