Velosolution Pump Track pendedahan, sokongan dan latihan buat golongan muda untuk beriadah dan bersukan.
Mereka bukan sekadar pemain muda – mereka adalah pelapis, pewaris dan harapan untuk masa depan futsal Sarawak.
Dengan pendedahan, sokongan dan latihan yang berterusan, pemain muda mampu mencipta kejayaan lebih besar di pentas kebangsaan mahupun antarabangsa pada masa akan datang.
Sarawak International Youth Football Championship (SIYFC) bukan sekadar pertandingan, tetapi sebuah platform yang melahirkan bakat-bakat bola sepak muda yang berpotensi besar, mencorak masa depan sukan negara.
Kelab tempatan yang menyertai Liga Malaysia diingatkan meminimumkan perbelanjaan dari bajet tahunan demi melengkapkan jumlah kouta pemain tempatan dan import.
Minggu ini kami bawakan dua sukan dengan dua dunia yang berbeza tapi sama hebat!
Dodgeball: Permainan pantas, penuh strategi dan reaksi sepantas kilat.
Canroll: Gaya bebas atas roda, ekspresi jadi senjata utama.
Siapa paling tangkas, siapa paling bergaya?
Bagaimana seorang atlet bina badan wanita jalani rutin hariannya?
Apakah harapannya dalam arena sukan bina badan negara?
Ikuti perkongsiannya dalam Sukan TVS | Wanita Besi Sarawak di TVS Saluran 122 dan strim live di tvsarawak.my
Bagaimana sukan bola keranjang kekal relevan dalam arena sukan negara? Di Sarawak misalnya, pelbagai langkah diambil dalam usaha memajukan sukan bola keranjang terus popular di kalangan masyarakat.
Dari simulator ke Litar Sepang. Ikuti kisah penuh cabaran Mohd Hamdany, pelumba simulator dari Sarawak yang kini mencabar litar sebenar!
Amalan gaya hidup sihat warga Kuching diteruskan dengan Kuching Car Free Morning Edisi Hari Raya Aidilfitri pada 20 April lepas dimeriahkan dengan lebih 1,500 peserta menggayakan baju raya. Recap Miri Marathon 2025 yang disifatkan antara yang terbaik oleh para peserta apatah lagi diadakan seminggu selepas sambutan Aidilfitri turut dikongsikan dalam edisi keempat Sukan TVS.
Lazimnya sewaktu hari perayaan, kita pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati segala juadah istimewa yang disajikan.
Namun adakah kita sedar akan risiko pengambilan makanan secara berlebihan dan tanpa kawalan?
Ketahui lebih lanjut berkenaan Penjagaan Kesihatan Semasa Musim Perayaan dalam Sukan TVS di TVS Saluran 122 dan strim live di tvsarawak.my
Menyertai acara larian perlu mempunyai persiapan rapi, meskipun hanya sekadar suka-suka. Ketahui bagaimana persiapan Miri Marathon 2025 dilakukan bersama Pelari Elit. Antara lain, ikuti kemeriahan perlawanan Final Carabao Cup minggu lalu, yang menyaksikan Newcastle United menewaskan Liverpool, menamatkan kemarau 70 tahun tanpa piala.
Sukan papan selaju atas lebih dikenali dengan ‘skateboarding’ sering dikaitkan dengan sukan lasak yang dimainkan oleh golongan belia sebagai hobi. Kini, di Sarawak, sukan ini diangkat melalui pelbagai pertandingan untuk melahirkan altlet berbakat dalam sukan tersebut.
Puasa bukan penghalang bagi umat Islam untuk meneruskan aktiviti kecergasan, malah bersukan pada bulan mulia itu juga memberi banyak manfaat dan kesan positif kepada tubuh badan.
Kelab Tenis Sarawak menawarkan pelbagai program latihan tenis bersama pelatih profesional dan berpengalaman, merangkumi peringkat permulaan hingga ke peringkat pakar. Ini sekaligus dapat melahirkan lebih banyak bakat muda dalam sukan tersebut.
Kuching terus giat membangunkan sukan futsal wanita dalam usaha mengangkat sukan itu di persada dunia.
Pickleball, sukan yang menggabungkan elemen tenis, badminton dan ping pong, kini menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk gaya hidup sihat.
Aktiviti mendaki bukan sahaja senaman yang meningkatkan kecergasan fizikal pendaki, aktiviti ini juga turut meningkatkan kecergasan dan ketahanan mental mereka sambil menghayati keindahan alam sekitar.
Akademi Bola Sepak bukan sahaja menjadi platform buat kanak-kanak terutamanya mempelajari teknik baharu dalam sukan berkenaan, malah memberi peluang untuk mencari anak muda yang berbakat.
Antara azam popular setiap tahun adalah untuk menurunkan berat badan. Namun, kadang kala, azam tahun baru itu tertangguh dan dibawa ke tahun hadapan.
Memasuki 2025, Sukan TVS mengajak anda untuk mencapai sasaran tahun baru yang tertunda dengan semangat juang yang tinggi.
‘Freestyle football’ atau dikenali sebagai bola sepak gaya bebas adalah salah satu sukan dimana pemain itu mengekspresikan diri secara kreatif melalui aktiviti bermain bola sepak.
Ketahui lebih lanjut berkenaan sukan ini dalam Sukan TVS | Bola sepak gaya bebas: Antara sukan dan kreativiti.
Saksikan ‘Darter’ Wanita Di Persada Dunia di Sukan TVS
Regatta Sarawak, sukan air yang diadakan sejak 1872 merupakan acara tahunan yang amat dinantikan bukan sahaja warga Sarawak, malah luar negara.
Regatta Sarawak 2024 yang berlangsung dari 25 Okt hingga 3 Nov lepas di Tebingan Kuching telah menampilkan beberapa acara perlumbaan perahu dengan “Raja Sungai” sebagai acara kemuncak yang menjadi rebutan dari pelbagai pasukan.
Saksikan rangkuman sukan air berprestij itu dalam ‘Regatta Sarawak Sukan Air Tertua Dunia’ di Sukan TVS
Dengan penyertaan lebih 10,000 pelari, Kuching Marathon 2024 menyaksikan 922 peserta antarabangsa dari 29 negara memeriahkan acara berprestij itu.
Bukan sekadar memperkenalkan gaya hidup sihat, ‘push bike’ juga menjadi langkah awal menuju kejayaan sukan masa hadapan.
Saksikan bagaimana ‘push bike’ menjadi kunci dalam membentuk keyakinan si cilik dalam dunia sukan.
Mendapat inspirasi dari kejayaan adiknya, Bonnie Bunyau Gustin pada Sukan Olimpik Paris 2024, Bryan Junency Gustin berazam untuk mengharumkan nama Bumi Kenyalang pada Para SUKMA 2024 nanti.
Ikuti juga perkongsian jurulatih Wan Firdaus Wan Chik bagaimana senaman tayar dapat membakar lemak.
Pasukan Olahraga Para SUKMA Kontinjen Sarawak bersedia bertarung untuk merebut pingat pada edisi kali ini.
Ikuti perkongsian perkembangan persiapan kem olahraga bersama Pengurus Para Olahraga Sarawak, Matthew Chin.
Sarawak berjaya membuktikan kehebatan di gelanggang Muay Thai apabila berjaya muncul juara keseluruhan acara itu pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.
Pengunduran Kim Pan-gon dari Skuad Harimau Malaya memberi tamparan hebat buat pasukan termasuk Pemain sayap Kuching City FC, Nur Shamie Iszuan.
Ikuti perkongsian Shamie yang antara lain mengupas perkembangan bola sepak negara dalam Sukan TVS pada:
Menjadi atlet SUKMA mewakili Sarawak merupakan pengalaman tidak ternilai apatah lagi apabila berjaya mengharumkan nama pasukan dengan sumbangan pingat.
Ikuti perkongsian Harith Danial Jefri, pemenang pingat emas SUKMA 2022 dalam Sukan TVS.
Untuk minggu ini, Sukan TVS memaparkan persiapan kontinjen tenpin boling Sarawak yang mempertaruhkan 12 atlet kombinasi muka baharu dan lama untuk mewakili SUKMA 2024 Ogos nanti.
Menyasarkan pingat emas pertama dalam sejarah, Sukan TVS minggu ini memaparkan persiapan pasukan Kabaddi Sarawak menjelang SUKMA 2024 nanti.
Sukan TVS minggu ini menyingkap evolusi sukan negara bersama Zainal Abidin Rawop dan perkembangan persediaan Kem Tinju Sarawak menjelang SUKMA 2024 dalam misi mendominasi sukan tinju.
Untuk minggu ini, Sukan TVS memaparkan persiapan atlet Pencak Silat, Nisrina Safiya Mohamad Hasromia dalam persiapan beliau menjelang SUKMA ke-21 yang bakal berlangsung pada Ogos nanti.
Selain itu, ketahui juga antara teknik tumbukan dan tendangan yang betul dalam sukan Pencak Silat.
Sukan TVS minggu ini memaparkan imbasan semula Sarawak Open Boxing Championship 2024 dan World Boxing Council (WBC) Asia Championship 2024 yang berlangsung awal bulan ini.
Ketahui juga antara persiapan pihak pengurusan SUKMA 2024 yang akan berlangsung di Sarawak pada Ogos nanti.
Meow Autism Run 2024 | Sukan TVS
Bagaimana Kilat Boy mempersiapkan diri menjelang Kejohanan Tinju Antarabangsa (WBC) Asia 2024 yang bakal berlangsung 11 Mei ini?
Ketahui juga teknik menumbuk dengan betul dan padu.
Gelanggang kita, jaguh dunia 💪🏼
Sukan TVS membawakan perkembangan berita sukan, tips-tips penjagaan kesihatan dan kupasan isu sukan semasa bersama pakar dan jaguh atlet negara pada setiap Sabtu, 2.30 petang di TVS Saluran 122 MYTV, Unifi TV dan Astro serta semua platform media sosial TVS.