EPISOD AKHIR… Alia semakin risau akan keadaan Azmeena yang diculik oleh Ulai, yang juga mengungkapkan pembunuhan Kahar dan sabotaj kereta Odel yang mengakibatkan kemalangan tragis. Dato dan Datin tidak senang dengan tindakan Ulai, yang terus menuntut keringkam Faridah sebagai pertukaran untuk Azmeena. Akhirnya…. Saksikan EPISOD AKHIR!!!
Setelah puas mencari Azmina kesana kemari taoi masih tidak ditemui. Alia dan Azhan menemui jalan buntu. Mereka menyalahkan satu sama lain dan bertelagah. Azhan cuba memujuk Alia. Setelah keadaan tenang Alia dan Azhan membuat laporan polis terhadap kehilangan Azmina.
Oleh kerana Azmina mewarisi bakat ibunya dalam sulaman Keringkam. Dia sering menyulam keringkam di rumah Alia. Azhan juga tertarik dengan sulaman keringkam dan ingin belajar dengan Azmina. Alia menyangkal yang Keringkam adalah masadepan yang baik.
Sewaktu umur Azmina 9 tahun itu, dia baru saja mengalami kedewasaan (datang haid) hal ini menyebabkan Alia lebih tertekan dengan keadaan tersebut. Dia semakin tertekan dengan keadaan Azhan yang sentiasa mahu mereka berkahwin.Kehadiran Azmina dalam hidup Alia telah memberi tekanan kepadanya. Namun….
Setelah kematian Odel dan Faridah waris tunggal mereka adalah Azmina seorang yang bisu. Ulai cuba mencari Asmah dari kenalannya di Kuala Lumpur. Ulai membawa Azmina ke Kuala Lumpur. Asmah atau nama barunya Alia terpaksa menceritakan segalanya dengan Azhan berkenaan dengan hidupnya. Azhan dan Alia memberi sejumlah wang kepada Ulai untuk pergi jauh dan tidak mengganggu mereka lagi.
Dalam episod ke-8, Faridah merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila suaminya Odel memberi alasan tidak tidur bersamanya walaupun mereka sudah bernikah. Setelah didesak Odel akhirnya…
Dalam episod ke-7 ini, Sabtuyah asyik termenung dan bersedih kerana amat merindui anak sulongnya, Asmah yang tidak pernah menghantar sebarang khabar berita sejak berhijrah ke Kuala Lumpur. Adik Faridah, adik Asmah tidak sampai hati melihat keadaan ibunya lalu…
Dalam episod ke-6 ini, hubungan Asmah dan Odel semakin intim. Ketika mereka banyak menghabiskan masa untuk ke bandar, Asmah menyedari seakan-akan kelibat Ulai sedang mengekori dirinya. Lantas, Asmah cuba memberitahu ibunya tentang perkara itu tetapi ibunya tidak mengendahkannya.
Dalam episod ke-5 ini, beg yang berisi Keringkam kesayangan Sabtuyah yang tertinggal dalam sebuah van awam, akhirnya ditemui oleh Odel. Ayah Odel iaitu Pak Juki juga menyediakan sebuah rumah buat Sabtuyah dan anak-anaknya iaitu Asmah dan Faridah untuk menginap. Sejak dari itu, mereka…
Dalam episod ke-4 ini, Ulai dipenjarakan setelah memecah masuk rumah Sabtuyah. Beberapa tahun kemudian, Sabtuyah dan anak-anaknya yang sudah dewasa bergegas meninggalkan kampung. Tiba di sebuah stesen, Sabtuyah menyedari beg berisi sulaman keringkamnya tertinggal di dalam kereta sewa yang mereka, namun ….
Dalam episod ke-3 ini, bapa Alia iaitu Kahar meninggal dunia. Tidak lama kemudian, Sabtuyah …..
Episod ke-2 ini memaparkan zaman kanak-kanak Alia. Ulai, adik kepada bapa Alia yang bernama Kahar sering datang ke rumah dan mengganggu ibu Alia bernama Sabtuyah kerana Ulai tidak dapat menerima kenyataan Sabtuyah berkahwin dengan Kahar. Ulai juga cuba menodai Sabtuyah namun
Setelah 18 tahun berhijrah ke Kuala Lumpur Asmah telah menukar nama nya kepada Alia. Asmah menjadi seorang pereka fesyen dan pensyarah di UiTM. Azhan adalah seorang pensyarah filem yang cuba memikat hati Alia. Watak Alia yang agak kelelakian menyebabkan Azhan agak sukar untuk memikat hati Alia. Kerana kedua mereka telah lanjut umur Azhan agak terdesak untuk menamatkan zaman bujangnya manakala Alia sentiasa memikirkan masa depannya tanpa keluarga disisi. Keangkuhan dan kekerasan hati Alia memuncak apabila Azhan mendesak untuk meminang Alia.
Alia mendapat tawaran dari penganjur di Kuching, Sarawak untuk peragaan fesyen rekaannya. Pada waktu yang sama Azhan mahu mengekori Alia ke Kuching kerana ingin bertemu dengan keluarga Alia di Sarawak untuk menyatakan hasrat hatinya untuk bernikah dengan Alia.