EPISOD TERAKHIR ini, pengacara Ariff membawa penonton ke Sungai Miri, Sarawak untuk menyaksikan pertandingan memancing ikan Jerudong dan spesis palegik lain dengan sifu jemputan Amelia Ting Ai Ai.
Ariff berentap dengan Luqman Alhakim, pemancing profesional & pempengaruh YouTube saluran Vluq, dalam cabaran memancing di muara sungai Kuala Sibuti, Miri, Sarawak! Siapakah bakal juara?”
Teknik memancing minggu ini mampu memacu adrenalin anda. Popping teknik pantas, yang mampu membuat predator anda geram lalu mengejar popper, menghentam dan melarikannya dengan rakus dan penuh tenaga. Apatah lagi apabila sasaran kita minggu ini adalah gangster batu karang.
Minggu ini saya mencari ikan yang bijak dengan aksi akrobatik! Berjayakah kami?
Kalau gigi toman menakutkan, ikan ini lebih seram! Dengan ratusan gigi tajam dan mulut yang mampu menghancurkan apa sahaja, ikan ini benar-benar menggerunkan. Ikan apa itu?
Lokasi rare dan indah, Empangan Batang Ai, “Amazon Malaysia” di Sarawak! Berentap dengan cikgu memancing dan memburu predator ganas. Siapa sifu antara sifu?
Dari Pulau Semporna ke Tawau! Minggu ini, bersama saudara Kong, kami mencabar diri untuk mendaratkan ikan tembaring walaupun bukan musimnya. Saksikan dalam Joran Borneo 2!
Kecil-kecil cili padi! Minggu ini ikan sasaran kecil, sesuai dengan sifu cilik, adik Irfan, pemancing profesional 9 tahun yang hebat. Berdebar rasanya berdepan dengannya! Siapa akan menang?
Semporna, kampung halaman saya yang indah! Lokasi kegemaran dengan sasaran Giant Trevally. Bersama sifu jemputan hebat, saudara Junior, yang berpengalaman memancing hingga ke Maldives.
Walaupun sudah banyak kali mendaratkan blackbass, saya belum puas. Episod ini, saya mencari blackbass yang makan di tangan! Saya akan menguji kepakaran Sifu Eping – Satria Khairul, di Sungai Kinabatangan.
Kali ini saya memancing di tempat larangan di Banjaran Crocker yang cantik dan sejuk, macam di luar negara! Sifu jemputan minggu ini ialah idola saya, Ryu Chiang, dan target kami ikan kelah. Siapa taiko sebenar?
Misi minggu ini mencari ikan berkepala ular, lokasinya di Sg Damit, Membakut, Sabah! Dengar nama saja pun sudah ngeri, kan? Nak tahu lebih lanjut? Jom sertai saya dalam episod ini bersama Sifu Gerry Casting! Berjaya ke kami? Haa…
Minggu ini, siri Penjelajahan Joran Borneo 2 bermula dengan episod di “Mini Amazon,” Sungai Tandian, Sabah.
Saya akan berentap dengan sifu berpengalaman, Joseph Ngai, untuk mendaratkan si Toman Black.